Thursday, 4 December 2014

hajjah aisyah

Salam
Ada sesiapa nak makan kacang pool, nasi ayam, mee rebus special (udang besar dan telur) boleh datang. Dekat selangor keliang. Sarapan pagi pon ada. Jgn malux2 nak dtg. Kacang pool ni daddy belajar dari johor. Kacang pool ni terkenal kat mersing, johor. Ok.bye

mancing di u.k

Salam
Siapa kat sini ada pergi uk.saya pergi.selama 4tahun. Saya duduk di bowburn. Disitu kalsu orang uk dapat ikan dia bukan nak jual atau makan. Dia pergu lepaskan je. Dulu saya punya mancing warna putih banyak dapat rezeki. Saya dapat ketam, ikan dan udang galah!Ayah saya punya mancing sikit je rezeki. Kalau nak tau lagi cerita pergi ke jintan manis mama saya oounya.cari resepi ikan sweet sour.

mac chese and pudding caremal

Salam

Siapa nak rasa mac chesse dan puding caremal boleh tengok kat blog mama saya. Blog dia jintan manis. Mama saya namanya aisyah. Banyak resepi lagi kalau nak tengok. Homestay pun ada. Hadis pun ada. Bye.

buku cerita

Salam

Saya ada buat buku cerita nak hantar ke buku prima. Tajuk dia burung kakak tua dan burung merak, gajah yang sombong dan arnab dan kura-kura (tapi cerita ni lain) jadi siapa nak baca cerita saya dipersilakan tapi belum hantar. Orang yang datang rumah saya baru boleh :-)

Port dickson

Salam

Hari ini saya akan ke pd sebab ada family day. Seronok kan cuti sekolah pergi pd. Mesti yang lain ada pergi lego land atau sunway lagoon. Huhuhu bestnya. Petang ni balik. Nak jumpa cousin girl ni. Tak sabar nak main permainan yang sudah disediakan. Tata.

Thursday, 3 July 2014

sup daging

Resepi bihun sup tulang/ daging kali ini adalah version yang light dan sedap dihirup. Tidak pedas dan sedap, serta mudah sangat untuk disediakan. Boleh juga gunakan daging ataupun tulang. Di dalam resepi ini Aisyah gunakan tulang sebab takde stock daging dalam simpanan. Makan dengan sambal kicap baru kaw!


BIHUN SUP TULANG/ DAGING

1 paket bihun (direndam dalam air panas hingga kembang dan digunting supaya senang nak makan dan tak panjang sangat. Setelah kembang, tuskan bihun tersebut)
1.5 kg tulang lembu/ kambing (atau 1 kg daging lembu)
3 ibu jari halia (dihiris)
2 biji kentang (dibuang kulit dan di potong saiz kiub)
1 sup bunjut
1 kayu manis (saiz besar, kalau kecil letak 2 kayu manis)
3-4 bunga lawang
4 buah pelaga
8 biji bawang putih (ditumbuk)
7 biji bawang merah atau 1.5 biji bawang besar (dihiris halus dan digoreng hingga garing dan sedikit kecoklatan- tapi jangan sampai jadi bawang goreng)
Air secukupnya

Untuk hiasan
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup/ daun ketumbar dihiris halus
Sedikit taugeh (optional) (direndam dalam air panas sebentar)
Suhun (digoreng) (optional)
...
Cara-cara
1. Rebus tulang/ daging (yang telah dihiris nipis) dengan halia yang dihiris hingga betul-betul lembut.
2. Setelah tulang/ daging lembut, masukkan bawang putih yang telah ditumbuk, bawang merah yang telah digoreng, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, sup bunjut dan kentang. Rebus lagi hingga kentang lembut dan kuah sebati. Perasakan ia.

Sambal Kicap
3-4 biji bawang putih
4 biji cili padi (Aisyah guna 4 biji cili je sebab cili padi yang ada dalam stok Aisyah nie memang pedas sangat, jadi terpulang lah ikut kadar kepedasan masing-masing)
Kicap manis secukupnya
1-2 sudu air masak
½ sudu gula
...
Cara-cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih. Gaulkan dengan gula, kicap dan air.
...
Aisyah suka buat sambal kicap jenis yang pekat gitu, jadi terpulang la kalau nak tambah air itu ikut citarasa sendiri ok. Satu lagi Aisyah nak share tips untuk rebus daging/tulang dengan cepat adalah dengan memasukkan beberapa batang akar pokok pandan sewaktu merebus. Tips ini Aisyah pelajari dari seorang tukang masak di KL tahun lalu. Alhamdulillah mudah dan cepat daging/ tulang rebus.
 
Aisyah / Mama
Halil / Ayah

Monday, 12 May 2014

PANTUN!

Assalammualaikum,semua


hari ini saya nak beritahu bahawa saya masuk pertandingan pan api baru je pelapis, tahun depan baru jadi pelawan!!!
harap-harap tak pindah sekolah. Sewaktu kami dekat sekolah kebangsaan slim river kami tengok sekolah kebangsaan tanjung malim berlawan. Akhirnya, SKTM (sekolah kebangsaan tanjung malim mendapat johan yang 1!!!. Kena belajar dari cikgu Azman ni.

bye-bye
jumpa lagi!
assalammualaikum.